Tebus.co - Loyalty Stamping App

Untuk isteri yang berniaga dari rumah

Isteri saya bersara awal, dan buat keputusan berniaga makanan dari rumah.

Ini kisah bagaimana Tebus.co tercipta, dan macam mana ia boleh bantu awak juga.

Masa tu kami baru je ada baby, anak kami setahun lebih.

Saya dok perhati dari tepi. Kesian.

Tangan sotong balas WhatsApp sorang-sorang. Belum siap balas, order lain masuk.

Nak check payment, kena buka app bank. Nak confirm order, kena scroll balik chat. Nak masak, nak bungkus, nak hantar COD sambil jaga baby meraung.

Kepala pening. Bila malam, dia banyak diam. Penat sangat.

Kebetulan, saya ada background buat software. Jadi saya bina Tebus.co untuk dia supaya order kemas, bayaran teratur, dan dia tak payah simpan semua dalam kepala.

Dan sekarang? Dia banyak senyum.

Itu je saya nak.

Saya sedar, ramai lagi usahawan rumah di luar sana yang pening benda sama. Sebab tu saya buka Tebus.co untuk umum.

Apa itu Tebus.co?

Ini masalah yang isteri saya hadapi, dan bagaimana Tebus.co membantunya.

Masalah

Check payment satu-satu sambil jaga anak meraung.

Tebus.co

AI QR Slip verification kalis tipu/fraud, tak perlu buka app bank sendiri kerap sangat dah.

Masalah

Terlepas order dalam lambakan WhatsApp.

Tebus.co

Customer boleh self-order.

Masalah

Takda masa nak setup Toyyibpay, Stripe atau daftar SSM.

Tebus.co

DuitNow QR duit terus masuk bank sendiri.

Masalah

Sistem lain tak support COD atau self-pickup. Bukan semua orang guna J&T.

Tebus.co

Urus COD, self-pickup dan courier dalam satu tempat.

Masalah

Menggagau cari lokasi rumah customer masa nak COD.

Tebus.co

Lokasi & alamat customer tersimpan, tekan sekali, terus tahu.

Masalah

Penat fikir macam mana nak buat customer repeat order.

Tebus.co

Reward, birthday bonus, refer-a-friend - auto galakkan repeat order.

Masalah

Sistem lain berat, tak mesra mobile, susah nak urus sambil dukung baby.

Tebus.co

Admin dapat setting ciri penuh dari phone. Satu tangan pun boleh.

Masalah

Customer asyik tanya "order saya macam mana?"

Tebus.co

SMS auto notification setiap kali status berubah.

Masalah

Sales sendu kekadang, tak tahu macam mana nak cucuk.

Tebus.co

Broadcast promo pada tarikh & waktu tertentu (contoh: Rabu 3–5pm).

Peluang jadi 100 orang terawal — Founding Members

Tebus masih baru, dan jauh sekali dari perfect.

Saya perlukan pengguna awal, untuk bagi feedback.

Kalau awak nak jadi Founding Members, ini yang awak dapat:

Harga launching Tebus.co: RM19/bulan

RM13/bulan

Dikunci seumur hidup untuk 100 Founding Members pertama.

Syarat mudah:

  1. a)Guna Tebus.co percuma selama 14 hari. Tak suka, tak perlu guna dan tiada risiko.
  2. b)Gunakan secara aktif, dan bagi feedback untuk tambah baik.
  3. c)Lepas dapat order pertama, dan kalau suka, tinggalkan testimoni.
  4. d)RM13 sebulan kekal selamanya, selagi subscription tak putus.

Founding Members setakat ini

0 / 100 kerusi diambil

Jadi Founding Member #1 hari ini.

Daftar Free Trial

 · Batal bila-bila · Terhad 100 orang terawal sahaja

Soalan lazim