Tebus.co - Loyalty Stamping App
Untuk kedai F&B — cafe, restoran, kiosk

Setiap hari 100 customer masuk. Berapa yang you kenal?

POS catat jualan, tapi tak catat siapa yang beli. Tebus tolong kumpul database customer, tanpa kacau staff, tanpa tukar POS.

Dan buat customer datang lagi berkali-kali.

Tak perlu tukar POS. Tak perlu latih staff. Boleh mula dalam 10 minit.

Seller kopi Malaysia sibuk waktu lunch — customer bayar, staff sibuk

Dipercayai oleh jenama yang anda kenal

Ayam Gepuk Jogja Pak Ery
Ayam Gepuk Jogja Pak Ery
Chic n Choc
Chic n Choc
Fresh Frozen Lembu Kampung
Fresh Frozen Lembu Kampung
Kek Cikgu Rafi
Kek Cikgu Rafi

POS dah ada. Tapi database customers tiada?

“POS ada, tapi tak boleh simpan phone customer”

Kebanyakan POS untuk catat sale saja, bukan marketing.

“Staff sibuk, mana sempat tanya nombor”

Queue panjang, order tak habis lagi. Tanya no phone? Impossible.

“Setiap kali promo, kena spam IG story & harap orang nampak”

Beribu follower, tapi reach 3%. Promo hilang dalam feed.

“Tak tahu siapa regular, siapa first-timer”

Semua customer nampak sama kat POS. Tak boleh layan special.

“Bila slow week, takde cara nak pelawa customer semula”

Tiada kawalan kerana tiada database.

“Cashier segan nak tanya - takut menyusahkan customer”

“Dah cuba loyalty card kertas hilang, koyak, customer lupa bawa”

Staff pun lupa nak bagi dan sebarkan.

“Rasa macam bisnes ni jalan ikut nasib je”

Bulan ni ramai, bulan depan sepi, tapi kita tak faham kenapa.

POS vs Tebus

POS jaga jualan. Tebus jaga customer. Dua benda berbeza, dan anda perlu kedua-duanya.

Simpan phone customer
Tak boleh atau kena taip manual satu-satu
Auto - customer daftar sendiri masa upload resit
Kenal repeat customer
Cashier kena ingat muka
Auto tag: regular, first-timer, sleeping
Reward automatik
Kad kertas, cop tangan, selalu hilang
Stamp masuk auto lepas AI baca resit
Panggil customer balik masa slow
Post IG story, harap-harap
Auto SMS + email ke customer yang lama tak balik
Effort dari staff
Kena tanya phone, taip, ingat — extra kerja
Zero. Customer buat sendiri.
Kos bulanan
Loyalty add-on RM100+ / bulan
Serendah RM19 / bulan. Free trial 14 hari
Setup
Kena tukar POS, latih staff, migrate data
Guna sebelah POS existing. 10 minit siap.

Macamana Caranya? 3 langkah je.

Mudah dan cepat

01
Customer tekan-tekan dan self order

Customer tekan-tekan dan self order

Lepas bayar customer screenshot resit dan upload dalam Tebus. Customer seronok sebab ada aktiviti menarik.

02
AI verify. Anda hantar item.

AI verify. Anda hantar item.

AI baca amount + tarikh + seller. Stamp/point masuk automatik ke akaun customer. Cashier tak buat apa-apa.

03
Auto winback bila lama tak kembali

Auto winback bila lama tak kembali

Customer 30 hari tak datang? Tebus hantar SMS + email pelawa semula.

Feature yang buat seller bertahan lama.

Buat customer rasa macam VIP

Zero-effort data capture

Customer screenshot resit dan upload sendiri. Staff langsung tak kena tanya nombor, tak kena taip apa-apa.

  • Cashier terus fokus buat kopi & layan queue
  • Customer motivated sendiri — sebab dapat stamp
  • Nombor + email + tarikh beli — semua auto tersimpan

AI baca resit, auto reward

AI tengok resit — kenal amount, tarikh, item. Stamp / point masuk dalam saat.

  • Support resit POS biasa, resit tulis tangan, resit e-invoice
  • Auto detect resit tipu (double-upload, resit lama)
  • Approve manual pun boleh kalau you nak override

Winback SMS + email automatik

Customer 30 hari tak balik? Tebus hantar sendiri. You tak perlu tekan apa-apa.

  • SMS + email - customer terus dapat tanpa approval
  • Template siap: "Tinggal 6 cop lagi je dapat Cheese Cake free"

Segment: regular vs first-timer vs sleeping

Tengok siapa customer setia, siapa baru sekali datang, siapa dah lama hilang. Layan ikut kategori.

  • Regular: birthday reward, VIP tier
  • First-timer: welcome nudge selepas 3 hari
  • Sleeping: winback campaign auto

Guna sebelah POS existing

Tak perlu tukar apa-apa. POS jalan macam biasa; Tebus duduk sebelah, jaga customer relationship.

  • No integration setup, no API
  • No migrate data, no train staff

Percuma untuk mula

Free plan cukup untuk seller kecil. Upgrade bila database dah membesar dan you nak automation lebih.

  • Tiada kad kredit untuk daftar
  • Data customer 100% you punya — boleh export bila-bila
  • Cancel bila-bila, tiada kontrak
Stamp card & reward dalam Tebus
Yang selalu terlepas

Customer repeat sebab dapat sesuatu yang pesaing kita tak bagi...

Customer repeat sebab dapat sesuatu yang pesaing kita tak bagi...

Bonus Rewards yang buat customer rasa special.

Lebih dari stamp card — buat customer rasa dihargai pada momen penting.

Special Offer 1st Time Buyer

Customer pertama kali datang? Beri ganjaran selamat datang supaya mereka ada sebab datang balik.

  • Auto-trigger bila customer register
  • Boleh set free item atau discount
  • Valid 30 hari — cukup tekanan gentle

Birthday bonus

Customer dapat kejutan hari jadi. Auto, tanpa you ingat satu-satu.

  • Auto detect dari nombor daftar
  • Bonus stamp atau discount free
  • Rasa peribadi, tapi jalan automatik

Referral reward

Customer bawa kawan. Kawan dapat, customer pun dapat. Seller grow dari mulut ke mulut.

  • Kod rujukan unik setiap customer
  • Double reward masa birthday week
  • Tiada ad spend, pure organic

Email opt-in bonus

Customer kongsi email, you dapat channel untuk broadcast. Beri stamp percuma sebagai terima kasih.

  • 3 stamp PERCUMA untuk confirm email
  • Banner/card/modal auto muncul
  • Build email list tanpa ganggu
Kek hari jadi, referral code, dan welcome gift dalam Tebus
Bonus rewards

Reward bukan sekadar stamp — ia cara you cakap "terima kasih".

Customer yang rasa dihargai datang balik. Tebus letak automation pada momen-momen tu supaya you tak terlepas peluang.

Belum ada POS? Tak ada masalah.

Tebus tak perlu integration dengan POS. Customer boleh daftar sendiri, atau staff boleh key-in dalam 10 saat.

Customer scan QR sendiri

Letak QR code di meja atau kaunter. Customer scan, upload resit, AI auto-stamp. Staff tak kena buat apa.

  • No app download — guna browser
  • Auto detect location supaya valid
  • Customer daftar nombor sendiri

Staff key-in manual

Kalau customer malas scan, staff boleh tambah stamp terus guna phone.

  • Log masuk dengan PIN staff
  • Pilih customer, masuk amount, tekan stamp
  • Sesuai untuk cashier sibuk atau elder customer

Tak perlu hardware mahal

Bukan POS system. Bukan kiosk. Hanya phone dan QR printout.

  • Guna printer biasa untuk QR tent card
  • Boleh mula sebelum beli POS
  • Upgrade ke POS bila you ready
Customer scan QR code di meja kedai sambil staff senyum

POS simpan jualan. Tapi siapa simpan customer?

Kebanyakan POS rekod transaksi — bukan customer. Kalau ada pun, you kena kutip nombor & nama satu-satu, manual. Tebus kumpul database automatik setiap kali customer tebus reward.

Kenapa database customer penting

Broadcast masa slow day

Hari hujan? Tengah bulan lembab? Hantar promo terus ke customer yang dah sayang you — bukan bakar duit iklan Facebook.

Announce cawangan baru

Bukak outlet kedua? Regular customer patut jadi orang pertama tahu. Satu SMS lagi power dari sebulan signboard.

Bagitau kalau pindah

Relokasi lot? Tanpa database, customer datang tempat lama, nampak kosong, hilang selama-lamanya.

Bawa balik yang dah senyap

Winback SMS & email automatik untuk customer yang dah 30, 60, atau 90 hari tak datang.

Pain kalau takde database

  • Bergantung 100% pada walk-in & algoritma Grab/Foodpanda
  • Tak boleh test menu baru tanpa bakar duit iklan
  • Setiap kali slow, takde "list" untuk panggil balik
  • Kalau tutup sementara atau pindah, customer hilang terus

Kenapa Grab, Foodpanda, Airbnb & Booking.com sorok data customer dari anda

"Setiap kali customer yang sama order balik, anda bayar 20–30% platform fee + komisen. Selama-lamanya."

Tebus jalan cara sebaliknya. Database milik you, bukan kami. Export bila-bila. Berhenti bila-bila. Semua data you bawa balik.

Macam mana Tebus buat semua tu automatik

Kutip nombor manual kat kaunter
Customer scan QR sendiri, isi nombor untuk claim reward.
Staff lupa tanya nombor
AI auto-attach nombor ke setiap resit yang customer upload.
Customer taknak bagi nombor
Reward jadi reason. Free drink lepas 6 stamps > concern privacy.
Database bertaburan dalam Excel
Auto-segment (new, active, at-risk, lapsed) dengan one-click broadcast.
Owner F&B senyum tengok phone dengan senarai contact customer bertambah
Database milik you

Mula kumpul database dari resit pertama

Setiap resit yang di-upload = seorang customer lagi yang you boleh reach balik. Milik you — bukan milik mana-mana platform.

Soalan yang selalu ditanya

Kena tukar POS ke?

Tak. POS you jalan macam biasa. Tebus duduk sebelah — customer upload resit sendiri, langsung tak ganggu operasi cashier.

Staff kena buat apa-apa tambahan?

Tak. Zero training, zero extra kerja. Customer yang upload resit sendiri sebab motivated dapat reward.

Betul ke customer akan upload resit?

Ya — sebab dapat stamp/point/reward. Sama macam habit customer screenshot resit untuk claim reimbursement kerja. Kita bagi insentif, they'll do it.

Broadcast guna WhatsApp ke?

Buat masa ni tak — SMS dan email sahaja. WhatsApp Business API mahal & kompleks; kita fokus channel yang murah & sampai terus ke customer.

Berapa cost?

Percuma untuk mula. Free plan cukup untuk seller kecil kumpul database dan hantar winback asas. Upgrade bila you nak automation lanjut atau volume tinggi.

Data customer siapa punya?

You punya. 100%. Boleh export bila-bila. Kalau berhenti guna Tebus, database tetap you bawa balik.

Mula kumpul database customer hari ni. Percuma.

Setiap hari you tunggu, ratusan customer keluar pintu tanpa jejak. Mula hari ni — 10 minit setup, tanpa tukar POS.

Tak perlu kad kredit. Tak perlu tukar POS. Data 100% you punya.